Sunday, August 16, 2009

KETAHUILAH ADUHAI LELAKI

1.LELAKI YANG BERKEYAKINAN

Boleh dikatakan hampir semua wanita mahukan lelaki yang penuh dengan keyakinan. Itulah kualiti pertama yang dicari oleh seorang wanita. Jika lelaki sering berdolak daling, tidak tahu untuk membuat keputusan pasti lelaki itu akan ditinggalkan oleh wanita. Memang tidak dinafikan Allah mencipta kan wanita penuh dengan nafsu dan kehendak yang pelbagai namun jauh di sudut hati mereka perlukan seseorang yang boleh membimbing dan membiberi nasihat lebih-lebih lagi dalam soal keagamaan. Ingat wahai lelaki jangan mudah mengucapkan kata maaf kemudian mengulangi kesilapan yangsama. Wanita amat kudah bosan dengan lelaki sebegini.

2. WANITA INGINKAN LELAKI YANG MAMPU MEMBUATKAN MEREKA BERASA "THE ONE AND ONLY".
Mungkin inilah sebabnya ramai wanita memilih lelaki barat sebagai suami kerana mereka bersikap lebih gentleman, sebenarnya ciri-ciri atau sikap yang diamalkanlelaki barat adalah mirip kepada sifat dan ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam melayan isteri Baginda. Panggilan manja yang diberi, memberikan hadiah istimewa pada hari istimewa, membantu kerja-kerja rumah dengan senang hati tanpa diminta. sentiasa mengucup isteri, hatta ketika hendak pergi solat. Sikap romantik penuh kasih sayang yang sejati tanpa berbelah bagi.

3. WANITA INGINKAN LELAKI YANG ADA SENSE OF HUMOR.
Seorang wanita akan hilang rasa penat melakukan kerja rumah sedandainya si suami pandai mengambil hati berjenaka. Bahkan seorang isteri akan tertunggu-tunggu menantikan kepulangan sang suami, kerana kepulangan suami akan membuatkan dirinya rasa bahagia dan seringmembuatkan dia tersenyum biarpun penat melakukan kerja rumah.

4. WANITA MAHUKAN LELAKI YANG BOLEH MENJADI PENDENGAR YANG BAIK DAN MAMPU MEMBERIKAN NASIHAT.
kenapa seorang perempuan suka bercakap dengan orang lain luar dari rumah tentang kehidupannya. Kerana suami jarang sekali mahu mendengar apa yang isteri ingin luahkan. Lelaki lebih suka buat hal sendiri dari mendengar bicara isteri. Bahkan lebih banyak masa dihabiskan dihadapan kaca television atau pun suratkhabar dari berduaan dengan isteri dan mendengar permasalahan yang berlaku dirumah. Suami harus faham, isteri perlukan tempat mengadu, kepenatan melakukan kerja rumah tidak sama dengan kepenatan bekerja dipejabat. seandainya seorang suami menunjukkan sikap mengambil berat kepada isterinya pasti ianya akan membuatkan isterinya merasa dihargai, dikasihi dan dicintai. Mereka akan lebih sanggup berkorban untuk suami.

5. WANITA MAHU DILAYAN SEPERTI MEREKALAH WANITA TERBAIK DI DUNIA DAN TIDAK DAPAT DITANDINGI OLEH WANITA LAIN.
walau pun sudag bergelar isteri perasaan cemburu tetap bertakhta kerana mereka merasakan suami adalah milik mereka yang mutlak. jangan sekali-kali mengungkit kisah cinta lama. Ini akan membuatkan mereka merasa yang diri mereka hanyalah sandaran untuk menjadi tempat meluahkan masalah. Ini akan memberikan kesan yang buruk dalam rumahtangga kerana isteri tidak akan membuat sesuatu dengan seikhlas hati tapi dengan terpaksa.
Layanlah dengan layanan yang terbaik sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. pasti para isteri akan merasa dirinya begitu istimewa sekali dan akan sentiasa menghiasi dirinya untuk kelihatan cantik di mata suami.

6.WANITA MAHU LELAKI SETIA BERSAMA MEREKA.

Jangan sekali -kali berlaku curang atau menipu isteri anda. semua wanita paling tidak suka lelaki menipu mereka. sekali tertipu mereka akan simpan di dalam hati dan tidak akan mempercayai lagi suami mereka. Cinta di hati mereka akan pudar. Suami juga yang akan merasa terasing biarpun denganisteri sendiri. mereka melayan suami hanya dengan ala kadar sahaja. Tiada lagi kemesraan, perasaan cinta walaupun ketika saat hubungn intim jadilah suami yang setia pada yang satu.

7. WANITA INGINKAN LELAKI YANG MEMPUNYAI CITA-CITA DAN PERANCANGAN.
Wanta selalu berangan-angan mempunyai suami yag bercita-cita tinggi, dan mempunyai perancangan yang hebat.

Saturday, August 1, 2009